BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

T6 : TINGGINYA DARJAT SEORANG SUAMI DISISI ISTERINYA

TINGGINYA DARJAT SEORANG SUAMI DISISI ISTERINYA

Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sekiranya boleh aku menyuruh seorang sujud kepada seorang nescaya akan aku suruh kau wanita (isteri) supaya sujud kepada suami mereka”.

Huraian:

1.Islam menyuruh kaum wanita supaya taat kepada suami mereka.

2.Rumahtangga yang bahagia adalah berpunca daripada kepatuhan isteri kepada suaminya.

3.Penghormatan isteri terhadap suami sampai ke peringkat patut sujud tetapi sujud tidak harus dilakukan kepada yang lain daripada Allah SWT

Credit to:
AJK Silaturrahim Surau Al-Khalifah

T5 : KEDAMAIAN ASAS KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA

KEDAMAIAN ASAS KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA

Daripada Abu hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Tidak boleh seseorang mukmin lelaki membenci terhadap seseorang mukminah perempuan. Jika dia tidak suka suatu kelakuannya (boleh jadi) dia suka perbuatan yang lain atau perbuatan yang lain daripada yang dibencinya itu”.

Huraian:

1.Para suami dinasihatkan supaya tidak bertindak dengan terburu-buru didalam urusan rumahtangga mereka. Jika berlaku perselisihan maka suami hendaklah bersabar dan bertindak dengan waras. Janganlah terus menceraikan isterinya kerana terlalu marah kerana disebaliknya banyak kebaikan yang diperolehi daripada isterinya yang perlu diambil kira.

2.Kedamaian dan ketenangan rumahtangga adalah asas kebahagian dalam kehidupan suami isteri.

3.Orang yang beriman hendaklah berhakimkan akalnya dalam menyelesaikan sebarang perselisihan dengan isterinya, bukan berhakimkan perasaan dan sikap semulajadinya.

Credit to:
AJK Silaturrahim Surau Al-Khalifah

Wednesday, October 24, 2012

T4 : TANGGUNGJAWAB ISTERI TERHADAP SUAMI

TANGGUNGJAWAB ISTERI TERHADAP SUAMI

Daripada Abu Hurairah RA juga bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Tidak harus bagi isteri berpuasa semasa suami ada bersamanya, melainkan dengan keizinan dan juga (isteri) tidak boleh membenarkan sesiapapun memasuki rumahnya melainkan dengan izin suaminya”.

Huraian:

1.Islam menyuruh kaum wanita supaya taat kepada suami mereka pada perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan Islam.

2.Antara punca-punca kebahagian rumahtangga ialah kepatuhan isteri kepada suaminya.

3.Islam mengajar isteri-isteri supaya meminta izin kepada suami mereka terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.

4.Tanggungjawab isteri ialah melayan suami mereka dengan baik.

5.Haram bagi isteri berpuasa sunat tanpa izin suami sama ada keizinan secara terus terang dengan ungkapan atau secara mafhum, kerana dengan berpuasa luputlah hak suami pada hari itu, tetapi jika puasa fardhu seperti puasa qadha’ maka tidak disyaratkan izin suami.

6.Isteri tidak harus membenarkan sesiapa masuk ke rumah tanpa izin suami sama ada keizinan secara terang atau secara mafhum walaupun orang berkenaan itu keluarga isteri sendiri.

7.Melakukan amalan sunat akan terabai hak manusia maka hak manusia patut diutamakan.
 

Credit to:
AJK Silaturrahim Surau Al-Khalifah

T3 : KITA SEMUA ADALAH PEMIMPIN

KITA SEMUA ADALAH PEMIMPIN

Daripada Ibnu Umar R.huma daripada Nabi SAW sabdanya, “Kamu semua adalah pemimpin dan setiap kamu kelak akan ditanya tentang kepimpinan, ketua adalah pemimpin, kaum lelaki pemimpin kepada ahli keluarganya, kaum wanita adalah pemimpin dan penjaga rumahtangga suami dan anaknya, oleh itu setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya”.

Huraian:

Setiap manusia diberi tanggungjawab mengikut kedudukan masing-masing.

Semua tanggungjawab yang diamanahkan akan ditanya oleh Allah diakhirat kelak.

Islam mengajar umatnya supaya benar-benar beramanah dengan tanggungjawab mengikut lunas-lunas yang diharuskan.

Suami dan isteri adalah rakan kongsi dalam kehidupan rumahtangga, setiap daripada kedua-duanya wajib melaksanakan hak terhadap yang lain.

 

Credit to :
AJK Silaturrahim Surau Al-Khalifah

Tuesday, October 23, 2012

T2 : NIKMAT DUNIA YANG PALING BAIK


NIKMAT DUNIA YANG PALING BAIK

Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Dunia adalah keseronokan dan sebaik-baik keseronokan dunia ialah perempuan (isteri) yang solehah (baik)”.

Huraian:

  1. Segala nikmat kesenangan dan kemewahan yang ada di dunia ini adalah untuk sementara waktu sahaja. Ia akan lenyap apabila mana seseorang itu meninggal dunia.

  1. Nikmat dunia yang paling baik ialah isteri-isteri yang solehah iaitu yang mentaati suaminya dan bertakwa kepada Allah.

  1. Isteri yang baik (solehah) adalah sebab kebahagian didunia dan akhirat, serta dapat membantunya untuk taat kepada Allah, kerana itu lelaki hendaklah mengutamakan perempuan yang kuat pegangan agamanya daripada yang lain.

Credit to:
 AJK Silaturrahim Surau Al-Khalifah

T1 : ORANG YANG PALING SEMPURNA IMANNYA


ORANG YANG PALING SEMPURNA IMANNYA

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya. Sebaik-baik kamu ialah mereka yang paling baik (pergaulan) dengan isterinya”.
 
Huraian:

  1. Akhlak yang baik adalah ciri-ciri kesempurnaan iman.


  1. Iman yang sempurna dan akhlaknya yang baik adalah dua faktor utama dalam pembentukan peribadi yang mulia.


  1. Pergaulan suami isteri yang baik dan harmoni adalah dituntut dalam Islam dan akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.
Credit to :
AJK Silaturrahim Surau Al-Khalifah

Thursday, April 26, 2012

10 Ciri Calon Pilihan Suami.....

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut manakala jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut:
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Tuesday, April 3, 2012

JODOH SI HAWA

CATATAN UNTUK SEMUA - ADAM & HAWA


Kepada Hawa,

Biarlah Adam yang mencari sendiri tulang rusuknya yang hilang. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tidak perlulah kamu yang mencari si Adam.


Kerna.... Kamu tetap tulang rusuknya yang hilang itu. Pasti, suatu hari nanti dia akan datang mencarimu dan mengambilmu sebagai teman hidupnya.


Namun kamu masih ada ruang lagi untuk berusaha Hawa.... Berdoalah agar Adam yang akan datang itu ialah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya serta punyai akhlak yang baik dan sempurna. Dengan erti kata lain nya, dia dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke SYURGA yang kekal abadi.

Ia pasti akan datang......