TANGGUNGJAWAB ISTERI TERHADAP SUAMI
Daripada Abu Hurairah RA juga bahawasanya Rasulullah SAW
telah bersabda, “Tidak harus bagi isteri berpuasa semasa suami ada bersamanya,
melainkan dengan keizinan dan juga (isteri) tidak boleh membenarkan sesiapapun
memasuki rumahnya melainkan dengan izin suaminya”.
Huraian:
1.Islam
menyuruh kaum wanita supaya taat kepada suami mereka pada perkara-perkara yang
tidak bertentangan dengan Islam.
2.Antara
punca-punca kebahagian rumahtangga ialah kepatuhan isteri kepada suaminya.
3.Islam
mengajar isteri-isteri supaya meminta izin kepada suami mereka terlebih dahulu
sebelum melakukan sesuatu perkara.
4.Tanggungjawab
isteri ialah melayan suami mereka dengan baik.
5.Haram
bagi isteri berpuasa sunat tanpa izin suami sama ada keizinan secara terus
terang dengan ungkapan atau secara mafhum, kerana dengan berpuasa luputlah hak
suami pada hari itu, tetapi jika puasa fardhu seperti puasa qadha’ maka tidak
disyaratkan izin suami.
6.Isteri
tidak harus membenarkan sesiapa masuk ke rumah tanpa izin suami sama ada
keizinan secara terang atau secara mafhum walaupun orang berkenaan itu keluarga
isteri sendiri.
7.Melakukan
amalan sunat akan terabai hak manusia maka hak manusia patut diutamakan.
Credit to:
AJK
Silaturrahim Surau Al-Khalifah